Thursday, December 13, 2012

Tarian Inang




Tarian Inang adalah versi moden terhadap tarian tradisional Mak Inang. Ianya di tarikan pada majlis keramaian orang ramai. Tarian ini mempunyai tempo yang pantas dan di iringi dengan alat muzik rebana, biola dan gendang.


Lagu dan Tarian Mak Inang berasal daripada zaman Kesultanan Melaka. Lagunya dikatakan telah digubah di atas titah perintah daripada Sultan Mahmud Shah yang berkemungkinan untuk tujuan melenakan baginda di peraduannya.


Adalah sangat lemah gemalai tariannya dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk di tarikan di Istana Di-Raja. Ianya turut dinamakan juga sebagai Tarian Si Kembang Cina kerana banyak terdapat pengaruh Cina terhadap muziknya. Kadangkalanya penari-penarinya mengunakan skaf panjang semasa melakukan persembahan.

Sunday, December 9, 2012

Sepak Raga







Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.



Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.



Cara Bermain
Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Monday, December 3, 2012

Konda-kondi











Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang.




Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat.




 Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.




Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.


Wednesday, November 28, 2012

Galah Panjang



Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.



Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.



Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.



Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Saturday, November 24, 2012

Guli


Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. 



Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli.



Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.


Monday, November 19, 2012

Batu Seremban



Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.
Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.



Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.


Friday, November 16, 2012

Tarian Limbai



Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin.



Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.



Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.

 

Thursday, November 15, 2012

Alat Muzik Tradisional India - Tabla




Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat  terkenal dalam masyarakat kaum India.Alat ini dikatakan berasal dari gendang Mridangam.Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka masing-masing.Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan jackwood.Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.


Tabla ialah sejenis alat perkuasi dalam ensembel muzik tradisional india yang dimainkan secara solo atau mengiringi upacara keagamaan, persembahan,barathanatyan, perkahwinan dan sebagainya.


 

Wednesday, November 14, 2012

Gasing




Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan.



Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.



Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.  

Alat Muzik Tradisional Sarawak - Sape



Sape adalah sejenis alat muzik tradisional yang berbentuk gitar yang berasal dari Sarawak dan Kalimantan iaitu tengah Kepulauan Borneo. Alat muzik ini sering digunakan oleh kaum etnik Kenyah, Kayan, Iban, Dayak dan Kelabit.



Alat muzik ini diperbuat dari kayu lembut seperti Meranti.Alat muzik ini dapat mengalunkan irama yang mengasyikkan sesuai dengan latar belakang hutan tropika di Borneo.Antara pemuzik Sape yang terkenal adalah Jerry Kamit.




Pada asalnya, alat muzik Sape ini dimainkan untuk upacara ritual  dirumah panjang. Namun setelah mengalami perubahan masa, ia telah berubah menjadi alat muzik untuk hiburan dan kegiatan sosial seperti iringan untuk tarian tradisional etnik Kepulauan Borneo seperti Ngajat dan Datun Julud .


Gubahan muzik oleh alat ini divariasikan mengikut acara-acara keramaian tertentu seperti perkahwinan, kelahiran, pesta menuai serta selalunya diturunkan daripada generasi lama ke generasi baru.Alat muzik ini telah diberi perhatian daripada penggemar muzik tradisional kerana alunan melodi yang tenang dan mengasyikkan ini. Malah, inovasi terbaru iaitu Sape elektrik juga telah dicipta untuk menarik generasi muda bermain alat muzik ini.


 

Tuesday, November 13, 2012

Kata Nafi


Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.



Contoh ayat
Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya.
Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh ayat
Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.



Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.


Latihan boleh didapat di bawah
Kata Penegas, Kata Nafi, dan Kata Pemeri

Alat Muzik Tradisional Sabah - Tongkungon





Tongkungon dicipta oleh nenek moyang kita diserata tempat. Tidak diketahui siapa yang pertama kali membuat alat ini. Alat ini biasanya digunakan untuk menghilangkan rasa bosan atau menghiburkan hati pada waktu lapang.



Panjang tongkungon kira-kira dua kaki. Ianya dimainkan oleh kaum Dusun dan Kadazan di Tambunan, Penampang and Tuaran. Ianya diperbuat daripada buluh yang besar.

Monday, November 12, 2012

Tarian Bhangra


 Tarian Bhangra adalah tarian menyambut musim menuai dan berasal dari Punjab, India. 
Setiap pergerakan kepala atau tangan menyampaikan maksud yang istimewa dan merupakan gerakan artistik.



Penari lelaki dan wanita selalunya memakai pakaian yang berwarna
terang dan berseri-seri.Lagu-lagu untuk tarian ini adalah rangkaian lagu-lagu rakyat yang diiringi oleh alat muzik tradisional seperti tholl dram,harmonika,tamborin dan musical clapper.



Tarian Banghra di Malaysia sangat popular dalam mana ia juga dipersembahkan untuk majlis perkahwinan,
hari-jadi dan majlis kekeluargaan.


Sunday, November 11, 2012

Congkak



Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak.


 Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.



Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

Bagaimana untuk bermain congkak? Saksikanlah klip video ini!

Tarian Ngajat







Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.



Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.



Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.


Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.


Saturday, November 10, 2012

Tarian Sumazau


Tarian Sumazau sudah terkenal di Malaysia kerana ia sering dipersembahkan di upacara atau majlis-majlis kesenian. Tarian Sumazau adalah tarian rakyat Negeri Sabah terutamanya masyarakat dari suku kaum Kadazan yang terkenal di daerah Penampang dan Papar.


 Penari-penari tarian ini memakai pakaian tradisi iaitu penari lelakinya berbaju dan berseluar hitam. Manakala penari wanitanya juga berpakaian hitam yang dinamakan "halalbimbang" yang diperbuat daripada kain "pallai" (kain baldu). Para penari wanita memakai destar berbentuk mahkota yang diperbuat daripada kertas tebal dan ditutup dengan kain kesumba.


Penari lelakinya membawa daun silad yang dikeringkan. Daun silad melambangkan kegagahan masyarakat Kadazan. Alat-alat muzik yang digunakan terdiri daripada enam jenis gong.

 

Bentuk Awalan ber-


Bentuk Awalan ber-
1.Bentuk ber- sekeluarga dengan awalan be- dan bel-.
2.Awalan ber- dapat berubah menjadi be-, atau bel, atau tetap ber- seperti yang berikut.
Awalan
Keterangan
Contoh
be-Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf atau suku kata pertamanya berakhir dengan erbe.rasa, be.roda
be.rumah, be.kerja
dan be.serta
bel-Apabila bertemu dengan kata-kata ajar dan unjurbel.ajar, bel.unjur
ber-Apabila bertemu dengan kata-kata yang lain daripada yang tersebut di atasber.ayah,ber.bentuk,
ber.gaduh, ber.kepak, 
dan
ber.tenaga

Makna Awalan ber-
Awalan ber- mempunyai beberapa makna, iaitu:
(a) mempunyai....
     berayah = mempunyai ayah
     beribu   = mempunyai ibu

(b) memakai....
     berbaju = memakai baju
     berkasut = memakai kasut

(c) menaiki atau menunggang....
     berkereta = menaiki kereta
     berbasikal = menunggang basikal

(d) menggunakan....
     berpayung = menggunakan payung
     bertungkat = menggunakan tongkat

(e) mengeluarkan atau menghasilkan....
     berbunga = mengeluarkan bunga
     bertelur = menghasilkan telur

(f) mengusahakan....
    bersawah = mengusahakan sawah
    berkedai = mengusahakan kedai

(g) mengucapkan.... 
     berdoa = mengucapkan doa
     berjanji = mengucapkan janji

(h) menunjukkan sikap....
     berkasar = menunjukkan sikap kasar
     berlembut = menunjukkan sikap lembut

(i) dalam keadaan....
    bergembira = dalam keadaan gembira
    berduka = dalam keadaan duka

(j) melakukan perbuatan pada diri sendiri....
    bercukur = mencukur diri sendiri
    bersembunyi = menyembunyikan diri sendiri

(k) ada sesuatunya
     berbahaya = ada bahayanya
     berduri = ada durinya

(l) berlaku atau bekerja sebagai....
    berdukun = berlaku sebagai dukun
    berguru = bekerja sebagai guru


Latihan boleh didapat di bawah
Latihan Imbuhan Ber-

Permainan Tradisional - Wau






Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.



Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu.



Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding