IMBUHAN
‘meN-...-kan’ DAN ‘meN-...-i’
Imbuhan apitan meN-, meN-...-kan dan meN-...-i
akan membentuk kata kerja transitif yang memerlukan objek atau penyambut sebagai unsur
predikatnya.
1. Kata Kerja apitan
‘meN-...-kan’ dan ‘meN-‘
meN-...-kan = 2
objek (objek tepat dan objek sipi)
meN- = 1
objek dan frasa keterangan
Imbuhan
meN-...-kan
|
Imbuhan
meN-
|
Naseer mencarikan Pak Zul
akar Tongkat Ali.
|
Naseer mencari akar
Tongkat Ali untuk Pak Zul
|
Ibu memasakkan bapa bubur
kacang.
|
Ibu memasak bubur kacang
untuk bapa.
|
Nazimah menjahitkan Hanif
sehelai baju.
|
Nazimah menjahit sehelai
baju untuk Hanif.
|
Min membelikan Syarifah
senashkah majalah.
|
Min membeli senashkah
majalah untuk Syarifah.
|
Kekecualian:
Terdapat kekecualian bagi rumus di atas bagi kata dasar beri dan ajar yang menerima imbuhan apitan meN-...-kan dan meN-
2. Kata kerja meN-...- kan
dan meN-...-i dari segi kedudukan objek tepat dan objek sipi.
- Kedua-dua jenis imbuhan ini boleh digabungkan dengan kata dasar yang sama.
- meN-...-kan akan diikuti oleh objek tidak bernyawa (benda)
- imbuhan meN-...-i pula akan menerima 2 objek (objek tepat [objek bernyawa] dan objek sipi)
Imbuhan
meN-...-kan
|
Imbuhan
meN-...-i
|
Puan Zu menghidangkan ayam
goreng kepada kami.
|
Puan Zu menghidangi kami
ayam goreng.
|
Sultan Kedah menganugerahkan
bintang kehormatan kepada Perdana Menteri.
|
Sultan Kedah menganugerahi
Perdana Menteri bintang kehormatan.
|
Ketua kampung menghadiahkan
basikal kepada murid miskin.
|
Ketua kampung menghadiahi
murid miskin sebuah basikal.
|
3. Kata kerja meN-...-kan dan
meN-...-i dari sudut makna (semantik).
Dari
segi semantik iaitu makna,
perkataan dasar yang bergabung dengan imbuhan meN-...-kan atau meN-...-i juga membawa pengertian makna yang tidak sama. Oleh itu, rumus-rumus yang
diterangkan di atas tidak boleh digunakan untuk kata dasar yang tidak sama dari
segi makna apabila bergabung dengan imbuhan meN-...-kan dan meN-...-i. Contoh
perkataan-perkataan itu adalah seperti yang berikut ini.
Kata
dasar
|
Imbuhan
apitan: meN-...-kan dan meN-...-i
|
turun
|
menurunkan – menuruni
|
masuk
|
memasukkan – memasuki
|
serta
|
menyertakan – menyertai
|
kahwin
|
mengahwinkan – mengahwini
|
jalan
|
menjalankan – menjalani
|
naik
|
menaikkan - menaiki
|
Contoh ayat:
Pemandu teksi itu
menurunkan penumpang di hadapan bangunan itu. (menyuruh penumpang
turun)
Bas yang sarat dengan penumpang itu menuruni jalan yang curam itu dengan lajunya. (turun melalui
jalan yang curam).
- Ibu memasukkan garam secukup rasa ke dalam gulai ayam itu. (membawa masuk garam, mengisi garam)
Siti
akan memasuki acara lumba
lari 100 meter. (mengambil bahagian dalam
acara lumba lari)
- Bapa menyertakan wang tunai bersama-sama dengan surat itu. (mengirimkan wang tunai bersama-sama,
mengembarkan wang tunai bersama-sama)
Murid-murid
itu akan menyertai acara
larian maraton di Kuala Lumpur. (mengikut
serta, mengikuti acara larian).
- Pak Abu hendak mengahwinkan anak
perempuannya dengan anak orang kaya itu. (menjadikan anaknya berkahwin)
Pak
Abu mengahwini janda muda itu
setelah isterinya meninggal dunia. (berkahwin
dengan janda muda)
- Para doktor bertungkus
lumus menjalankan
pembedahan itu. (melaksanakan
pembedahan)
Pak
Hassan telah selamat menjalani
pembedahan jantung di Institut Jantung Negara. (mengalami atau melalui pembedahan jantung).
- Ahli Pengakap itu menaikkan bendera Malaysia
semasa perhimpunan sekolah. (menjadikan
bendera naik)
Beberapa
orang murid berebut-rebut untuk menaiki
bas yang penuh dengan penumpang itu. (naik
bas)
Latihan boleh didapati di bawah
7 comments:
Nota yang lengkap menarik minat saya untuk membaca.
Saya lebih faham akan penggunaan imbuhan me...kan dan men...i.
Persembahan yang sungguh menarik. Syabas!Teruskan usaha!
Persembahan yang sungguh menarik dan menyeronokkan. Syabas! Teruskan usaha!
Persembahan yang sungguh menarik. Syabas!Teruskan usaha!
nice blog, very useful.
blog yang bagus......sesuai untuk para pelajar
Post a Comment