Wednesday, November 7, 2012

Tarian Singa



Menurut Ann Wan Seng, seorang ahli sosiologi dan penulis terkenal, tarian singa dipercayai mampu membawa tuah serta kekayaan pada tahun baru. 


Ia juga dipercayai ditarikan bagi membuang semangat jahat. Tarian ini juga dikatakan menjadi pelindung kepada penghuni premis tempat tarian dilakukan.

 Murid-murid sedang berdialog tentang Tarian Singa dan menceritakan pengalaman mereka tentang Tarian Singa




Terdapat dua tarian singa yang amat popular iaitu, Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan.



Tarian Singa Utara berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja, manakala Tarian Singa Selatan lebih membawa kepada perlambangan alam sekitar.


Tarian singa lebih diminati berbanding tarian naga kerana ia diiringi muzik rancak, tidak memerlukan penari yang ramai, dan tarian yang lebih agresif dan memukau.


2 comments:

Lee Shu Ping said...

Menarik dan hebat!

HT Tan said...

Nice blog.