Thursday, December 13, 2012

Tarian Inang




Tarian Inang adalah versi moden terhadap tarian tradisional Mak Inang. Ianya di tarikan pada majlis keramaian orang ramai. Tarian ini mempunyai tempo yang pantas dan di iringi dengan alat muzik rebana, biola dan gendang.


Lagu dan Tarian Mak Inang berasal daripada zaman Kesultanan Melaka. Lagunya dikatakan telah digubah di atas titah perintah daripada Sultan Mahmud Shah yang berkemungkinan untuk tujuan melenakan baginda di peraduannya.


Adalah sangat lemah gemalai tariannya dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk di tarikan di Istana Di-Raja. Ianya turut dinamakan juga sebagai Tarian Si Kembang Cina kerana banyak terdapat pengaruh Cina terhadap muziknya. Kadangkalanya penari-penarinya mengunakan skaf panjang semasa melakukan persembahan.

Sunday, December 9, 2012

Sepak Raga







Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.



Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.



Cara Bermain
Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Monday, December 3, 2012

Konda-kondi











Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang.




Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat.




 Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.




Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.