Sunday, October 28, 2012

Gamelan









     Perkataan gamelan berasal daripada bahasa jawa “gamel” yang bererti memukul atau menabuh ,diikuti akhiran ‘an’ yang menjadikannya sebagai kata benda.Sedangkan gamelan mempunyai erti sebagai satu kesatuan alat muzik yang dimainkan bersama.Gamelan muncul pada saat budaya luar dari Hindu-Buddha.







     Gamelan Pahang diperkenalkan ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah yang digiatkan oleh Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah.Pada tahun 1915,Tengku Ampuan Mariam,anakanda kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah mempunyai set gamelan dibawah jagaannya di Pahang dan dibawa ke istana Maziah Terengganu bagi melatih rakyat Terengganu untuk bermain dan menari gamelan. Berbagai lagu dan tarian dicipta seperti Lambang Sari, Geliung, Ketam Renjong, Togok, Gagak Seteru, Lancang Kuning dan sebagainya.



3 comments:

Lim Jing Hui said...

Bagus, bahan-bahan dalam blog ini berfaedah kepada saya.

Edward Chan said...

Apakah jenis alat muzik tradisional kaum Cina dan India?

Unknown said...

Nota-nota yang amat berguna untuk menambah pengetahuan.