Bentuk Awalan ber-
1.Bentuk ber- sekeluarga dengan awalan be- dan bel-.
2.Awalan ber- dapat berubah menjadi be-, atau bel, atau tetap ber- seperti yang berikut.
Awalan |
Keterangan
| Contoh |
be- | Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf r atau suku kata pertamanya berakhir dengan er | be.rasa, be.roda be.rumah, be.kerjadan be.serta |
bel- | Apabila bertemu dengan kata-kata ajar dan unjur | bel.ajar, bel.unjur |
ber- | Apabila bertemu dengan kata-kata yang lain daripada yang tersebut di atas | ber.ayah,ber.bentuk, ber.gaduh, ber.kepak, dan ber.tenaga |
Makna Awalan ber-
Awalan ber- mempunyai beberapa makna, iaitu:
(a) mempunyai....
berayah = mempunyai ayah
beribu = mempunyai ibu
(b) memakai....
berbaju = memakai baju
berkasut = memakai kasut
(c) menaiki atau menunggang....
berkereta = menaiki kereta
berbasikal = menunggang basikal
(d) menggunakan....
berpayung = menggunakan payung
bertungkat = menggunakan tongkat
(e) mengeluarkan atau menghasilkan....
berbunga = mengeluarkan bunga
bertelur = menghasilkan telur
(f) mengusahakan....
bersawah = mengusahakan sawah
berkedai = mengusahakan kedai
(g) mengucapkan....
berdoa = mengucapkan doa
berjanji = mengucapkan janji
(h) menunjukkan sikap....
berkasar = menunjukkan sikap kasar
berlembut = menunjukkan sikap lembut
(i) dalam keadaan....
bergembira = dalam keadaan gembira
berduka = dalam keadaan duka
(j) melakukan perbuatan pada diri sendiri....
bercukur = mencukur diri sendiri
bersembunyi = menyembunyikan diri sendiri
(k) ada sesuatunya
berbahaya = ada bahayanya
berduri = ada durinya
(l) berlaku atau bekerja sebagai....
berdukun = berlaku sebagai dukun
berguru = bekerja sebagai guru
Latihan boleh didapat di bawah
Latihan Imbuhan Ber-
3 comments:
Tahniah. Semoga bahan ini menjadi rujukan kepada orang ramai terutama sekali pelajar.
Tahniah. Semoga bahan ini menjadi rujukan kepada otang ramai terutama sekali pelajar.
Maklumat yang amt berguna kepada guru dan pelajar, syabas!Teruskan usaha.^^
Post a Comment