Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Contoh ayat
Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya.
Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh ayat
Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.
Latihan boleh didapat di bawah
Kata Penegas, Kata Nafi, dan Kata Pemeri
1 comment:
Selepas membaca nota-nota tersebut, saya lebih jelas dengan penggunaan kata nafi dalam ayat.
Post a Comment