Wednesday, October 31, 2012

Tarian Kipas



Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. 



Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. 



Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.


Murid-murid di sekolah saya juga diberi peluang untuk mencuba tarian tradisional Tiong Hua ini.


Murid-murid sedang berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk persembahan.


Murid-murid dapat mengenali serta menghargai seni tradisional yang diturun oleh nenek moyang mereka dan menyembahkan tarian tradisional unik ini kepada orang ramai.


3 comments:

Tan Siew Siu said...

Tarian Kipas amat menarik. Bagaimana dengan tarian kaum yang lain?

Tan Siew Siu said...

Tarian Kipas amat menarik. Bagaimana dengan tarian kaum yang lain?

Cikgu Azolman said...

Hatiku terpikat oleh keunikan tarian kipas kaum Cina.